Akibat Berzina Orang Melayu
Home » » Akibat Berzina Orang Melayu

Akibat Berzina Orang Melayu

9 Jul 2012 82 Comments
Awek sekolah kena rogol


ZINA merupakan kejahatan yang sangat besar yang memberi kesan amat buruk kepada penzina itu sendiri, khususnya dan kepada seluruh umat amnya. Di zaman sekarang di mana banyaknya saluran dan media yang berusaha menyeret kearah perbuatan keji ini, maka amat perlu untuk setiap orang mengetahui bahaya dan akibat buruk yang timbul dari dosa zina. Kita semua hendaklah lebih berhati-hati dan berwaspada agar tidak terjerumus, hatta, walaupun hanya mendekatinya.

Di antara akibat buruk dan bahaya tersebut adalah :

1- Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan yakni berkurangnya agama si penzina, hilangnya sikap wara’ (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.

2- Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu merupakan suatu hal yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.

3- Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.

4- Membuat hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.

5- Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan atau merasa demikian sehingga tidak pernah merasa cukup dengan apa yang diterimanya.

6- Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.

7- Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.

8- Pezina akan dipandang oleh manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya.

9- Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki ‘qalbun salim’ (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.

10- Kesempitan hati dan dada selalu meliputi para pezina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya. Ini adalah kerana, orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan yang sebaliknya dari apa yang dia inginkan, dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan dan kebahagiaan.

11- Penzina telah mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari yang jelita di syurga kelak.

12- Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim, serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan. Bahkan boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.

13- Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.

14- Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih membekas dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya, kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya, namun dosa zina akan benar-benar membekas dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku zina itu bertaubat dan membersihkan diri dia akan masih merasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya.

15- Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkan kandungannya itu maka dia telah berzina dan juga telah membunuh jiwa yang tidak berdosa . Jika dia ialah seorang wanita yang telah bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir maka dia telah memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya. Amat mengerikan, naudzubillah min dzalik.

16- Perzinaan akan melahirkan generasi individu-individu yang tidak ada asal keturunan (nasab). Di mata masyarakat mereka tidak memiliki status sosial yang jelas.

17- Pezina laki-laki bererti telah menodai kesucian dan kehormatan wanita.

18- Zina dapat menyemai permusuhan dan menyalakan api dendam antara keluarga wanita dengan lelaki yang telah berzina dengannya.

19- Perzinaan sangat mempengaruhi jiwa kaum keluarganya di mana mereka akan merasa jatuh martabat di mata masyarakat, sehingga kadang-kadang menyebabkan mereka tidak berani untuk mengangkat muka di hadapan orang lain.

20- Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit-penyakit berbahaya seperti aids, siphilis, dan gonorhea atau kencing bernanah.

21- Perzinaan menjadikan sebab hancurnya suatu masyarakat yakni mereka semua akan dimusnahkan oleh Allah akibat dosa zina yang tersebar dan yang dilakukan secara terang-terangan.



Hukuman Zina

Demikianlah besarnya bahaya dosa zina, sehingga Ibnul Qayyim, ketika mengulas tentang hukuman bagi penzina, berkata: “Allah telah mengkhususkan hadd (hukuman) bagi pelaku zina dengan tiga kekhususan iaitu:

Pertama, hukuman mati secara hina (rejam) bagi pezina kemudian diringankan (bagi yang belum nikah) dengan dua jenis hukuman, hukuman fizikal yakni dirotan seratus kali dan hukuman mental dengan diasingkan selama satu tahun.


Kedua, Allah secara khusus menyebutkan larangan merasa kasihan terhadap penzina. Umumnya sifat kasihan adalah diharuskankan bahkan Allah itu Maha Pengasih namun rasa kasihan ini tidak boleh sehingga menghalang dari menjalankan syariat Allah. Hal ini ditekankan kerana orang biasanya lebih kasihan kepada penzina daripada pencuri, perompak, pemabuk dan sebagainya. Di samping itu penzinaan boleh dilakukan oleh siapa sahaja termasuk orang kelas atasan yang mempunyai kedudukan tinggi yang menyebabkan orang yang menjalankan hukuman merasa enggan dan kasihan untuk menjalankan hukuman.

Ketiga, Allah memerintahkan agar pelaksanaan hukuman zina disaksikan oleh orang-orang mukmin dengan maksud menjadi pengajaran dan memberikan kesan positif bagi kebaikan umat.


Beberapa Perkara Penting Yang Perlu Diperhatikan

1- Orang yang berzina dengan banyak pasangan lebih besar dosanya daripada yang berzina hanya dengan satu orang, demikian juga orang yang melakukanya berkali-kali dosanya lebih besar daripada yang melakukannya hanya sekali.

2- Penzina yang berani melakukan maksiat ini dengan terang-terangan lebih buruk daripada mereka yang melakukannya secara sembunyi-sembunyi.

3- Berzina dengan wanita yang bersuami lebih besar dosanya daripada dengan wanita yang tidak bersuami kerana adanya unsur perbuatan zalim (terhadap suami wanita), boleh menyalakan api permusuhan dan merosak keutuhan rumah tangganya.

4- Berzina dengan jiran lebih besar dosanya daripada orang yang jauh rumahnya.

5- Berzina dengan wanita yang sedang ditinggalkan suami kerana perang (jihad) lebih besar dosanya daripada dengan wanita lain.

6- Berzina dengan wanita yang ada pertalian darah atau mahram lebih jahat dan hina daripada dengan yang tidak ada hubungan mahram.

7- Ditinjau dari segi waktu maka berzina di bulan Ramadhan, baik siangnya ataupun malamnya, lebih besar dosanya daripada waktu-waktu lain.

8- Kemudian dari segi tempat dilakukannya, maka berzina di tempat-tempat suci dan mulia lebih besar dosanya deripada tempat yang lain.

9- Pezina muhson (yang sudah bersuami atau beristeri) lebih hina daripada gadis atau jejaka, orang tua lebih buruk daripada pemuda, orang alim lebih buruk daripada yang jahil dan orang yang berkemampuan (terutama dari segi ekonomi) lebih buruk deripada orang fakir atau lemah.


Bertaubat

Bertaubat ini bukan khusus hanya kepada penzina, bahkan kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan jalan untuk terjadinya zina, membantu dan memberi peluang kepada pelakunya dan siapa saja yang ikut terlibat di dalamnya. Hendaknya mereka semua segera kembali dan bertaubat dengan sungguh-sungguh, menyesali apa yang pernah dilakukannya dan berusaha sekuat tenaga untuk tidak kembali melakukannya. Dan yang paling penting adalah memutuskan hubungun dengan siapa sahaja dan apa sahaja yang boleh menarik ke arah perbuatan keji tersebut. Dengan demikian diharapkan Allah akan menerima taubat itu dan mengampuni segala dosa yang pernah dilakukan, dan ingatlah, tidak ada istilah ‘putus asa’ dalam mencari rahmat Allah.

Allah berfirman, mafhumnya:

“Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;” (Al-Furqaan 25:68)



“Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan,” (Al-Furqaan 25:69)



“Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Furqaan 25:70)


Dipetik dari: Risalah Daarul Wathan judul Min mafasid az-zina, karya Muhammad bin Ibrahim al Hamd.

Wallahu’alam….

82 comments:

  1. taubat xnak berzina dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi sdh buat...semua ciri2 km ada di atas... ingat senang ka mau lari mcm tu sja... KM SUDAH BERZINA...

      Delete
    2. SEMUA TERBAIK JOM TERJAH :

      OMG , JOM LIHAT BETUL KE ZAYN MALIK DAN JUSTIN BIEBER NI GAY ?-> WWW.JUSTINZAYN.COM

      DOWNLOAD CERITA-CERITA TERKINI MALAY & ENGLISH --> WWW.DOWNLOADMOVIE.COM

      TENGOK SEMUA EPISOD LOVE YOU MR.ARROGANT PERCUMA --> WWW.DRAMAMR.ARROGANT.COM

      DAPATKAN TIKET PERCUMA AKSI RUNNING MAN DI MALAYSIA 2014 (100 SAHAJA) --> WWW.MALYSIANFANSRM.COM

      TIKET PERCUMA KONSERT JUSTIN BIEBER 2014 DI MALAYSIA --> WWW.PASSPERCUMA.COM

      INFO IPHONE 5 DAN 5S/5C DAN SAMSUNG GALAXY NOTES 3 , JAGA-JAGA SEBELUM MEMBELI --> WWW.INFOPHONES.COM

      IPHONE 5 (RM1200) , IPHONE 5S (RM1350) . IPHONE 5C (RM1000) *TERHAD* --> WWW.IPHONEMSIA.COM




















      ASSALAMUALAIKUM , SATU LAGI PELUANG PEKERJAAN TERBAIK UNTUK ANDA IAITU BEKERJA HANYA DARI RUMAH DENGAN PENDAPATAN SEHINGGA RM1500-3000 SELAMA SEMINGGU , MAHU ? MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI -> KEKOSONGAN JAWATAN (50 ORANG SAHAJA)

      Delete
  2. ya Allah..ampuni hmbu Mu ini...sgguhnya aq xlah mnzalimi dri ku sndri dn insn lain..ssguhnya..Engkau Mha pengmpun dan Mha Pnyang..

    ReplyDelete
  3. Hamba blm mampu dan ckup kuat utk berubah.
    Tp hamba ingin tok berubah.
    Ap patut hamba buat??

    ReplyDelete
  4. nak berubah mudah... ambil wudhu solat.. minta petunjuk... taubat sungguh2 tak mau buat dah...

    ReplyDelete
  5. Jgn la hampiri zina,mula2 jaga pergaulan,tapi bila dirayu2 roboh juga tembok iman.bila diajak kahwin, sungguh hancur rasa hati bila dia enggan.rupa2nya diri dijadikan pemuas nafsu. YA ALLAH, terima kasih kerana kasih mu masihku terima.memakbulkan doa punya suami yang soleh.sedang diriku hina dina.

    ReplyDelete
  6. AMPUNI AKU YA ALLAH...WALAUPUN BERTAUBAT TETAPI MASIH TERAWANG-AWANG DI HADAPAN MATA...SESUNGGUHNYA PENYESALAN BERTIMPA-TIMPA...AMPUNKAN HAMBA-MU YANG HINA INI YA ALLAH...

    ReplyDelete
  7. bagaimana seorang lelaki islam yang telah berkahwin berzina dengan wanita yg bukan islam sewaktu isterinya sarat mengandung untuk melahirkan anak pertama mereka..namun telah dikhianati dan menerima berita dasyat itu sewaktu masih berpantang..lelaki islam itu turut mempunyai anak dengan perempuan bukan islam itu hasil hubungan haram mereka..bagaimana agaknya perasaan si isteri dengan perilaku si suami..rapuhnya iman membawa sengsara duniia dan akhirat...apa yang patut di lakukan si isteri dengan keadaan ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seorang lelaki yg zalim..... tak pikir keadaan isterinya.... Kalau isteri boleh maafkan suami, boleh la... tapi amat payah... Kalau suami bertaubat, ok la.. slalunya tak pernah Insaf .......

      Delete
    2. mmg selalu nye lelaki x pernah insaf..walaupun da di beri bekali-kali kemaafan.. tp sayang seorg isteri pd suami..tetap jgk di maafkan..

      Delete
  8. Itu lah jgn berzina wahai lelaki...last2 aku jgk dpt lelaki yg dah x teruna.seksanya hidup rumahtangga bgini..lps kawin bru tau kisah sebenarr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgnlah puan berkata yg demikian walhal 'keterunaan' atau 'kedaraan' bukanlah ukuran bahagia yg di ajarkankan nabi kita. Hatta, Nabi junjungan kita SAW pertamanya di tentukan jodohnya dgn janda. sehinggakan setelah 'pergi' cinta baginda itu, beliau masih mengenangkan siti khadijah. Hanya siti Aishah sahaja gadis utk baginda. pernah tak terfikir kenapa? Wallahualam...

      Delete
    2. macam mane nk tau laki tu x teruna?? hmm

      Delete
    3. Actually x blh tau,lelaki tu yg bgtau sendiri.klu dah x teruna sbb dah kawin x pe,ini blm kawin.lps kawin bru isteri die tau..dah lna tu lps kawin kaki pompuan kaki minum..camne x gile..org senang la ckp tp yg mengalaminya...hanya tuhan sj tahu

      Delete
  9. astagfirullah...jauhilah aku dari zina ya allah..

    ReplyDelete
  10. takut nye dgn azab Allah...

    ReplyDelete
  11. Ya allah ampun kan lah dosa2 ku ya allah....aku ingin sgt untuk berubah....bantu la aku ya allah beri lah aku kekuatan untuk berubah tetapi aku tidak tahu hendak mula kn dari mana beri kan lah petunjuk ya allah....

    ReplyDelete
  12. kenapa tajuk artikel ni "Akibat Berzina Orang Melayu "???? kenapa tak "Akibat Berzina" jer????

    ReplyDelete
  13. adakah berpegangan tangan dan berciuman dikira zina yang hukumnya direjam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu bkn brzina nm nye. Itu ber dating

      Delete
    2. zina tngan bersentuhan ... semua tu menghampirkan diri dgn zina besar .. Wallahualam :)

      Delete
  14. masihkah ada lagi lelaki yang akan terima perempuan yang dulu nya pernah berzina.? tetapi wanita tersebut telah menyesal atas perbuatannya. masih ada tak lelaki seperti itu.

    mintak pendapat bole.??

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah...

      Delete
    2. jawapan kurang jujur: mungkin, kalau ada yang betul2 sayang. tapi kemungkinan lain ceritanya lepas kawin nanti. jadi mana-mana perempuan yang BERKAHWIN, tapi DAH TAK DARA, jgn cerita dgn JUJUR berapa lelaki atau berapa kali bila ditanya. TIPU/elakkan lebih baik untuk jangka msa panjang.

      Jawapan JUJUR: Takde laki yang nak terima, melainkan untuk tmpat memuaskan nafsu atau sebab harta dunia.

      Delete
    3. jwpan jujur tu bnr2 mnakotkan..

      Delete
  15. sbb.org melayu ja yg paling byk ber......buktinya,sllu kuar media massa...hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul3 setuju sgt...yg buang ank pun melayu gak...

      Delete
  16. InsyaAllah ada llaki yg sedemikian sahabatku...Sedangkan Zulaikha pn mnerima cinta dr ssorg llaki yg bnama yusuf, stelah ksalahn yg dia lakukn...Allah tu maha adil...jd, jika inginkan kan lelaki yg baik,..btaubat lah dahulu, dkatkn diri dgn Allah...jatuh cinta dgn Allah dahulu...Maka, InsyaAllah..akan hdir llaki dr kalangan kekasihNya...Sesungguhnya Allah maha pngampun, InsyaAllah akn mnerima hambanya yg btul2 btaubat, dn brusaha mnjauhi dosanye yg lama...InsyaAllah...Amin..

    ReplyDelete
  17. Bagaimanakah dgn ssorg itu yg tlh brzina dn mnyesali akn prbuatannya ttpi tdk tahu hndk brmula dr mna,tp smmngnya harus brsolat dn mmhon keampunan Allah,ttpi hatinya sungguh berat utk brbuat sdemikian,adakah Allah msh tdak mahu utk mmberi ruang utknya brtaubat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hati yang sungguh berat untuk bertaubat adalah kerana bisikan syaitan dan iblis yang cuba menghasut untuk tidak meninggalkan zina. Itu semua adalah ujian dari Allah swt. Anda kena lawan dan kuatkan iman untuk bertaubat. In Shaa Allah, Dia akan memberi petunjuk.

      Delete
  18. Ssngguhnya khdupan ku sempit,dr segi kewangan,kbhgiaan,pekerjaan dn sbgainya,aku tlh mndapat balasn yg sptutnya aku trima drpda Allah,aku hndk bertaubat ttpi aku tidak kuat..penyesalan ku trhadp sgala prbuatanku mnghantui khidupanku..dn aku memerlukan ssorg yg benar2 soleh utk memimpinku!Ya Allah Bantulah Hambam utk kembali kejalan lurusMu ya Allah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesungguhnya anda kena bantu diri anda dahulu. Segala kesempitan hidup di dunia ini adalah ujian dan rahmat dari Allah. Terimalah segalanya dengan ucapan Alhamdulillah. Itu menunjukkan Allah swt memberi perhatian kepada anda. Hati berat untuk bertaubat kerana adanya bisikan syaitan dan iblis supaya anda tidak meninggalkan dosa2 yang lalu. Jika masih tiada guru, berpandulah pada Al Quran dan Sunnah sebagai pedoman. In Shaa Allah

      Delete
  19. ramai ke pengomen2 yg dah berzina

    ReplyDelete
  20. Mati itu dimana2. Bila2 sahaja. Cuba bayangkan kita mati semasa baca artikle ni. Apakah bentuk seksaan yg akan menunggu. Macamanakah kesedihan dan ketakutan yg akan dirasai.

    Selagi nyawa tak sampai di halqum, selagi tu pintu taubat tu terbuka. Allah masih sayangkan kita yang dia benarkan kita hidup untuk bertaubat. Sekarang ni,sementara baca komen ni, boleh istighfar. Astaghfirullah,astaghfirullah.

    Jangan kata yg kita nk taubat. Jangan. Terus brtaubat. Ambiklah wudu' sebagai lgkah pertama. Solat dan berdoa lah.

    Ya Allah, jauhi lah kami dari zina dan segala yang mengundang kepadanya. Teguhkanlah iman kami dikala ia lemah. Amin, Amin, Amin ya rabbal aalamin.

    Peringatan untuk diriku dan semua saudara islam ku.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  21. sbb.. most melayu islam, hmpr 100%.. tp wat zina gak.. lu cina india n zina, xkisah r.. dorg bkn islam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cina india pon ada muslim kehh bro.. jangan jumud sangat otak tu.

      Delete
  22. fitnah lagi buruk daripada zina..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syirik lg buruk dari fitnah

      Delete
    2. Yup..syirik lg besar..

      Delete
    3. Ke 3 3 dosa besar...So?

      Delete
    4. tynr la UAI...

      Delete
  23. Kalo da tk thn sngt nk bwat bnda tu,alangkah bagusnya ambil jalan yg terbaik iaitu dengan berkahwin secara sah ngan pasangan masing2 lg baik,afdhal dan halal lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, jangan ingat kahwin jalan terbaik. Kahwin adalah permulaan untuk syaitan dan iblis menghasut untuk melakukan zina. Sebab apa? sebab bila dah kahwin, dosanya LAGI BESAR bila berzina dari yang belum kahwin. :)

      Delete
  24. ramai nye prmpuan dlm nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku stuju dgn ko.. hehe

      Delete
  25. Benda yg jahat mmg sedap.... Zina akan mendatangkan bala.... Kalau xnk bala jgn berzina....

    ReplyDelete
  26. Jauhi taged or laman web yg leh naikkan nafsu kita..insy sedikit sebnyak leh jauhkn zina..

    ReplyDelete
  27. sy seorang lelaki,sy pernah berkaple dgn seorang prempuan yg tiada dara..walaupun sy twu kebenaran itu,sy trima dgn hati yg ikhlas serta ingin membimbingnya kearah kebaikan...tapi akhir nya,dia tinggal kan sy sebab ingin kembali kepada teman penzina nya.. doa sy,moga2 dia insaf suatu masa nanti..tapi xmungkin sy mampu trima dia untuk kali ke-2

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pn sama bro..sabar la

      Delete
    2. Ajal, maut, jodoh pertemuan adalah urusan Allah swt.

      Delete
  28. Kisah hidup aku sebijik macam org atas aku... aku pun tak mgkin terima kali ke 2... semoga dia dah berubah, insaf dan bertaubat... Amin...

    ReplyDelete
  29. memang la sbb most of melayu 2 Islam , patutnya tajuk post nie akibat berzina dalam Islam , barula nampak berlapik sikit , Ya Allah malunya aqu dgn sikap bangsa aqu nie . . tapi aq redho Ya Allah . .

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah memang itu hakikatnya..untuk menyedarkan bangsa sendiri..melayu ni kalau tak disindir,bertambah pandir..maaf ya.

      Delete
  30. tekad kan hati kuat kan iman,dekat kan diri dengan Allah insya Allah pasti bole meninggal kan segala perbuatan yg tak baik..terus pandang ke depan jgn sekali2 menoleh ke belakang,yakin lah Allah maha mengampuni.
    perkataan zina ni hanya wujud dalam agama islam..kafir mana ada istilah zina..kes buang bayi mmng hampir 100% di lakukan oleh org melayu sbb ada istilah anak luar nikah kalo kafir beranak pinak lah berapa ramai pun tak ada istilah anak luar nikah.

    ReplyDelete
  31. hairan..ada gak org mengaku brzina? susah sgt ke nak elakkan brzina tu..? aduhai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayat ko ni x brape kene. Org tak ckp angkuh mcm ni. Ko mati pucuk mmg la.

      Delete
  32. humakkkaiii....byknye yg penah wat..hurmmm..

    ReplyDelete
  33. kalau dh terlanjur tu jangan buang bayi tu,sediri buat sendiri tanggun lah....jgn tambah dosa pula nk buang bayi tu,jaga bayi tu seperti mane ko rela kan diri mu...

    amen...

    ReplyDelete
  34. Ya Allah Ya Rabbi jauhkan lah aku dan bakal isteriku dari zina Ya Allah.

    ReplyDelete
  35. Ya Allah Ya Rabbi jauhkan lah aku dan bakal isteriku dari zina Ya Allah.

    ReplyDelete
  36. Semua yg di muliakn....semelayu Islam...suke saya mengingat kn diri sendiri dn semua...ape pn yg da berlaku atau yg blom semua kita bernafsu....kita bg alasan ape pn mengikot nafsu masing2...Paling penting dn utama...cari la ilmu Allah dn Rasul Nye...da mmg jelas melarang keras dosa2 besar...pd kita hamba dn umat Muhammad Rasullah saw...bnyk sgt keuntungan bagi kita...so kengkang la nafsu shywat kita...lilah....jgn terpengaroh dgn kafir2 yg menghancur kn kita dlm situasi sex yg terlarang....mari la kita semua yg muda separa muda yg tua setiap kita...jgn kalah dgn nafsu sendiri...Fikir2 kn Allah yg cipta kita..Allah tahu bnyk keburukan dn kehinaan yg melampau ssb tu Allah larang....sayangi la diri kita dn keluarga kita...bg suami2 isteri2 adk2 abg2 kakak2...bersihkn diri kembali pd Allah kerana kita adela milik Allah...kita bkn milik kita or sape2...so jgn di kotori di najis kn diri...

    ReplyDelete
  37. Jage diri,
    Jangan bagi peluang jatuh hati,
    Bile da ready nk kawen,
    Baru la carik...

    Perempuan...
    Kalo ade lelaki usha or nk ngorat ko..
    tanye, r u ready for mariage?
    Kalo x, jaga pandangan dan berbual jika perlu saja..
    Kalo ye, pun same jaga pandangan dan berbual jika perlu ja..
    Sehingga dia pinang n jadi laki ko

    ReplyDelete
  38. islam suka buat sex,pastu buang baby....tgk mcm org puteh.....sbb tu aq bangga dgn org puteh...mereka suma bertanggungjawab terhadap baby tu lps buat sex...x mcm org malaysia..haha..buat malu jer....mak bpk diorang ajar diorang buat sex pastu buang anak...ahahah...x malu btol org islam nie,....

    ReplyDelete
    Replies
    1. apahal pulak nak kata islam saja?? mulut mau jaga sikit.. ini terletak pada individu seseorang..jika dia beriman,dia xkan terjebak dlm hal2 ni.. maaf ya saudara/i.. be responsible of what ur said..

      Delete
    2. jgn salahkan islam tuan, tu islam jahil. Islam yg sbnrnya sgt indah tuan

      Delete
  39. korg kire ok la...aku nie laki tgah tido dye bantai nak rogol aku ... nafsu ape betina cam tuh.... selamat kawan2 aku sedar -_-

    ReplyDelete
  40. orang berzina yang sudah berkeluarga boleh di bunuh

    ReplyDelete
  41. aku bukan nak burukkan yang dah pergi tp aku ada 1 kisah kawan perempuan yang dah terlanjur dengan kawannya, bila dah bunting dia malu dan bersendirian dalam bilik sorang2 sampai dia beranak ..kawan aku dan bayi dia meninggal dunia sebab pendarahan yang byk..jd si lelaki tersebut amatlah binatang kerana membiarkan kawan aku tu menderita sorang2 dan meninggal dunia...semoga Allah memberi pembasan yang berganda2 kepada binatang tersebut!!..amin

    ReplyDelete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri