COOL : Pemandangan Mempersona dan Menakjubkan Dari Bumi Kashmir (20 Gambar)
Home » » COOL : Pemandangan Mempersona dan Menakjubkan Dari Bumi Kashmir (20 Gambar)

COOL : Pemandangan Mempersona dan Menakjubkan Dari Bumi Kashmir (20 Gambar)

10 Comments
Kashmir merupakan sebuah wilayah yang terletak di bahagian barat laut India. Selain daripada buminya yang sangat mempersona dan memukau mata, ianya juga merupakan satu kawasan yang sangat penting dari segi kajian geografi kerana statusnya sering dipertikaikan, yang sering menyebabkan terjadinya konflik di rantau tersebut, terutamanya antara India dan Pakistan.

Konflik bermula apabila berakhirnya pemerintahan British di India pada 1947, di mana Kashmir diberi pilihan samada untuk bergabung dengan India, Pakistan ataupun untuk kekal merdeka. Pemerintah Kashmir ketika itu, Maharaja Hari Singh, yang beragama Hindu memilih untuk bergabung dengan India telah menimbulkan kemarahan pemimpin Pakistan, yang mendakwa Kashmir yang dihuni majoriti muslim seharusnya berada di bawah pemerintahan Pakistan.

Perang bermula antara Pakistan dan India untuk merebut wilayah Kashmir pada 1947, yang berlanjutan kepada dua siri peperangan berikutnya pada tahun 1965 dan 1999. Walaubagaimanapun setelah hampir lebih setengah abad konflik tersebut bermula, kata putus masih belum tercapai antara kedua-dua negara.


Hari ini wilayah Kashmir terbahagi antara tiga negara, iaitu India, Pakistan dan China. Pakistan menguasai bahagian barat laut, manakala India menguasai bahagian tengah dan selatan dan China pula menguasai bahagian timur laut. India menguasai bahagian terluas iaitu seluas 101,338 km persegi, Pakistan (85,846 km persegi) dan China (37,555 km persegi).

Walaupun Kashmir merupakan sebuah wilayah yang sangat indah dan sering digelar syurga dunia yang menjadi tarikan pelancong, namun sayang kerana perebutan kuasa politik ianya sering dilanda pergolakan yang tidak berkesudahan hingga ke hari ini dan telah mengorbankan ribuan nyawa. Mari kita doakan semoga satu hari nanti Kashmir akan merdeka dan dapat keluar daripada kemelut politik ini, Inshallah.





















Sumber gambar dari Steve McCurry, National Geographic dan Wikipedia

Jika anda suka artikel ini, jangan lupa sertakan kami dengan copy salah satu link di bawah ^_^

Kopi link post yang comel ini ^_^



Kalau nak dalam bentuk HTML, kopi saya lak ^_^

10 comments:

  1. ape yg menakjubkan sgt? biasa jer aku tgk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu menghargai keindahan alam

      Delete
    2. Betul betul,orang atas sekali takde taste langung

      Delete
  2. Replies
    1. mazer bongek. ingat orang x tau ke sape ko.

      Delete
  3. mmg tenteram je .. maklum la .. tempat tu kan ade 4 musim .. mmg padan la berebut hehehe

    ReplyDelete
  4. kualiti pic dn tmpat2 ni indah...kejadian Allah smuanya indah2 blaka

    ReplyDelete
  5. DENGAN MODAL RM40 SEKALI SAHAJA. ANDA BERPELUANG MENDAPAT SATU SISTEM YANG MAMPU MEMBERI ANDA PENDAPATAN SAMPINGAN, JIKA ANDA GAGAL MENJALANKAN SISTEM INI ANDA MASIH MENDAPAT PROFIT SHARING SEBANYAK RM146.00 DENGAN MODAL RM40 WALAUPUN ANDA DUDUK DIAM TANPA MEMBUAT APA-APA. BAHKAN ANDA DAPAT RUANG IKLAN UNTUK MENINGKATKAN JUALAN ANDA,BAYANGKANLAH.

    http://muhdfarhad.blogspot.com/
    mai jenguk2..huhu..
    if berminat jom daftar..disini
    http://nmgnetwork.com/farhadbisnes

    ReplyDelete
  6. subhannallah masih trplihara lgi tmpat nih

    ReplyDelete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri