SERIUS : H7N9 ADALAH SENJATA BIOLOGI US DAN SEDANG MENYERANG CHINA?
Home » » SERIUS : H7N9 ADALAH SENJATA BIOLOGI US DAN SEDANG MENYERANG CHINA?

SERIUS : H7N9 ADALAH SENJATA BIOLOGI US DAN SEDANG MENYERANG CHINA?

7 May 2013 9 Comments


CHINA dikejutkan dengan serangan virus influenza A, H7N9 dan masih lagi berlarutan sehingga kini dimana paling terkini adalah 4pm hari isnin baru baru ini dilaporkan. Dengan itu kes yang di laporkan sudah meningkat kepada 104 kes dan juga 21 kematian di catatkan sejak Mac lalu.

"Susulan daripada insiden itu, pegawai tentera tempatan dengan lantang, menuduh Amerika Syarikat (AS) menjadi dalang melancarkan perang biologi ke atas negara itu.

Menerusi kenyataan dipaparkan laman blog mikro, Sina Weibo dan turut mendapat perhatian media di Asia baru-baru ini, Kolonel Dai Xu mendakwa AS telah menyebarkan virus berbahaya tersebut.

Bagaimanapun, jurucakap Jabatan Negara AS, Jason Rebholz menafikan tuduhan itu yang kononnya dianggap sebagai tidak berasas.

Ogos lalu, akhbar Global Times menyiarkan kenyataan beliau menggesa China melancarkan peperangan dengan AS atas tindakan mereka menyokong Jepun bagi menuntut Pulau Senkaku yang menjadi pusat pertikaian wilayah maritim antara kedua-dua negara tersebut.

Dalam kenyataan terbarunya, Xu turut mendakwa Pentagon kini sedang cuba menjalinkan hubungan ketenteraan lebih rapat dengan China.

Selain itu, beliau menyatakan virus H7N9 itu dicipta sebagai senjata biologi sama seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (Sars) yang dibangunkan oleh AS dan menyerang negara tersebut pada 2003.

“Pada masa itu, AS sedang melakukan pencerobohan di Iraq dan mereka khuatir kami akan menggunakan peluang tersebut untuk mengambil tindakan.

Bertitik-tolak daripada itu, AS bertindak menggunakan senjata biologi untuk menentang China,” katanya.

Beliau turut mendakwa AS mahu menggunakan taktik sama ketika ini dan China sepatutnya berwaspada dan cuba menangani masalah tersebut dengan tenang.

“AS juga telah menggunakan krisis bersama Korea Utara untuk merenggangkan hubungan Beijing dengan sekutunya menerusi tawaran ‘kerjasama’ mereka.

Selain itu, Xu juga mendedahkan teori plot negara Barat untuk mengancam pihak lain dengan cara mendedahkan maklumat yang diperoleh bertujuan untuk menjejaskan reputasi sesebuah negara.

Kenyataan lantang Xu tersebut mendapat maklum balas negatif banyak pihak dan sehari selepas itu beliau sekali lagi mengemas kini status dengan mendakwa sekumpulan individu di China telah disuntik dengan ‘toksin mental’ oleh AS berikutan pendirian mereka yang terus menyokong kuasa besar terbabit.

Sementara itu, penganalisis memaklumkan lebih 945,600 pengguna blog mikro memperkatakan mengenai isu penularan H7N9 tersebut antara 8 dan 9 April lalu.

Sejak ia mula tersebar secara meluas di media, antara 1.3 dan tiga juta pengguna Sina Weibo dan QQ Weibo mengemas kini status mereka, selain memberi maklumat terkini berhubung kes tersebut.

Puluhan ribu pengguna turut menyatakan keraguan mereka terhadap pegawai perbandaran Shanghai yang menafikan kejadian itu ada kaitan dengan insiden khinzir ditemui mati terapung di Sungai Huangpu, bulan lalu.

Susulan daripada itu, ada spekulasi yang mendakwa kematian misteri lebih 16,000 khinzir di sungai yang menjadi sumber bekalan air penduduk di Shanghai tersebut mencetuskan penyebaran virus pembawa maut terbabit.

Menurut khabar angin, seorang daripada mangsa yang dijangkiti H7N9 itu adalah penyembelih khinzir.

Selesema burung itu dikatakan sama seperti wabak sebelum tetapi dengan perbezaan ketara; virus terbaru menyebabkan sukar mengenal pasti haiwan ternakan yang dijangkiti kerana ia tidak membunuh haiwan tersebut.

Difahamkan, China mengesahkan kes pertama jangkitan H7N9 kepada WHO pada 31 Mac lalu dan pihak berkuasa dipercayai mengambil masa 20 hari untuk membuat pengumuman itu

Menjelang 5 April, sebanyak 14 kes dilaporkan dan enam daripadanya membawa maut.

Pada masa ini, virus H7N9 tersebut telah tersebar ke banyak kawasan termasuk di Shanghai, Jiangsu, Zhejiang dan Anhui.

Walaupun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan ia tidak boleh disebarkan oleh manusia, namun banyak pihak khuatir jika virus itu mengalami mutasi yang akan menyebabkan ia menjadi lebih berbahaya.

Pihak berkuasa China juga cuba untuk meredakan kebimbangan penduduk dengan meyakinkan kepada mereka bahawa tiada bukti menunjukkan manusia boleh menjadi penyebar virus tersebut melainkan jika mereka terdedah dengan haiwan ternakan atau burung yang dijangkiti H7N9.

Difahamkan, sampel virus itu telah dihantar ke makmal di beberapa negara termasuk Netherlands dan Britain bertujuan untuk penyelidikan bagi menghasilkan vaksin yang sesuai.

Apakah ia satu konspirasi ataupun taktik serang atau boleh di sebutkan perperangan biologi secara senyap?


SUMBER : SinarHarianBernama

9 comments:

  1. Replies
    1. Hazika : Jap ye..
      Hazik : SEKARANG!

      Hazika : Ala, jap lagi arrr..
      Hazik : Nak sekarang!!

      Hazika : Jap lagi, sikittt je lagi..
      Hazik : NAK SEKARANG! NAK SEKARANG!

      Hazika : Sikittttttttttttttt je lagi Abg..
      Hazik : Takde! NAK SKANG! NAK SKANG! NAK JUGAK! NAK SKANG!!!!

      Hazika : Jom, abang?
      Hazik : aummm aummm!

      Hazika : eeeeeeee

      18SX:GAGAL BERSETUBUH KERANA ZAKAR TERLALU BESAR!
      WOW:KISAH MALAM PERTAMA 3 BERADIK!
      ADOI:VIDEO GWIYOMI VERSI WANITA GILA SEKS!

      Delete
    2. mmg betol ...us yg buat plague ni..

      Delete
    3. SEMUA TERBAIK JOM TERJAH :

      OMG , JOM LIHAT BETUL KE ZAYN MALIK DAN JUSTIN BIEBER NI GAY ?--> WWW.JUSTINZAYN.COM

      DOWNLOAD CERITA-CERITA TERKINI MALAY & ENGLISH --> WWW.DOWNLOADMOVIE.COM

      TENGOK SEMUA EPISOD LOVE YOU MR.ARROGANT PERCUMA --> WWW.DRAMAMR.ARROGANT.COM

      DAPATKAN TIKET PERCUMA AKSI RUNNING MAN DI MALAYSIA 2014 (100 SAHAJA) --> WWW.MALYSIANFANSRM.COM

      TIKET PERCUMA KONSERT JUSTIN BIEBER 2014 DI MALAYSIA --> WWW.PASSPERCUMA.COM

      INFO IPHONE 5 DAN 5S/5C DAN SAMSUNG GALAXY NOTES 3 , JAGA-JAGA SEBELUM MEMBELI --> WWW.INFOPHONES.COM

      IPHONE 5 (RM1200) , IPHONE 5S (RM1350) . IPHONE 5C (RM1000) *TERHAD* --> WWW.IPHONEMSIA.COM















      ASSALAMUALAIKUM , SATU LAGI PELUANG PEKERJAAN TERBAIK UNTUK ANDA IAITU BEKERJA HANYA DARI RUMAH DENGAN PENDAPATAN SEHINGGA RM1500-3000 SELAMA SEMINGGU , MAHU ? MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI -> KEKOSONGAN JAWATAN (50 ORANG SAHAJA)

      Delete
  2. insaf-insaf lah dari makan babi,...penyudahnye korang mampus sebab babi jugak..

    ReplyDelete
  3. sebelum nak ckap lebih,g check kt google,program HAARP.. insyaAllah,kt sne korang jumpe kebenaran.. Negara China ni ckap btul.. semua wabak pyakit,bencana alam diasaskan dibawah program HAARP.. aku jumpe statement dripada seorg warganegara Amerika Syarikat,yg mnukar warganegaranya ke warganegara Indonesia,dan memeluk Islam.. dan die berceritakan apa yg USA buat.. klau nk lbih lnjut,cri buku terbitan beliau,THE ART OF DECEPTION.. agenda YAHUDI,AMERIKA DGN ILLUMINATI.. kt buku korang akan lebih paham.. demi Allah s.w.t,inilah adalah nyata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Like Comment 2 minutes ago
      Akulah Anonymous like this

      Delete
  4. beliau merupakan bekas tentera AS xD

    ReplyDelete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri